Program Gotong Royong Muafakat MERDEKA'60

20.08.2017 Ahad, Program gotong royong muafakat Merdeka'60 bertempat di Tasik Gua Reban bertujuan untuk mengindahkan Tasik Gua Reban. Diharapkan ia akan menjadi satu tempat riadah taman awam yang baru di daerah Baling. Gotong royong ini dianjurkan oleh Majlis daerah Baling dengan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan, pejabat parlimen, penghulu-penghulu mukim dan 3 JKKK qariah Gua Reban.

Antara jabatan kerajaan yang hadir termasuk Rela, PejabattTanah, JKR, JPAM, Polis, MDB, E-idaman, tujuh penghulu mukim, penduduk kampung Gua Reban/Seberang Ketil, Charok Sikin Kubang Panjang, kampung Tebing Tinggi, Maahad Tadfiz Nur jannah (MANJA) dan AJK Masjid Al-Ariffin. Turut hadir dalam majlis ini YB Dato' Hj. Harun Bin Aziz ADUN Kawasan Kupang.
























































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Sambutan Maulidur Rasul 1438H