membersih kawasan peparitan di gua reban bersama pihak JPS Daerah Baling selama 6 hari.Bermula Pada 28.09.2017 hingga 03.10.2017 sejauh 1.3km..Terima kasih JPS dan Pejabat Daerah Baling....
Pada 11 Ogos 2016, Khamis, Kursus Pembuatan Semen Ferro telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Gua Reban/Seberang Ketil. Kursus ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 11 hingga 13 Ogos 2016. Seramai 20 orang perserta kursus iaitu 10 orang dari Kampung Gua Reban/Seberang Ketil dan 10 orang dari Kampung Charok Sikin telah mengambil bahagian dari awal hingga akhir. Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung teknik membuat binaan semenferro. Seterusnya, diharapkan penduduk dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk menjana pendapatan sampingan dengan penghasilan dan penjualan hasil kerja dari semenferro. Kami berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu KEDA Daerah Baling yang telah berjaya menganjurkan program yang amat berguna kepada penduduk kampung kami. Kami sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dengan pihak KEDA dalam membangunkan komuniti di daerah Baling. Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini akan dianj...
27 Februari 2016, Masjid Al Ariffin Qariah Gua Reban bersama dengan kerjasama JKKK Kampung Seberang Ketil, JKKK Kampung Charuk Sikin dan JKKK Kampung Tebing Tinggi telah menganjurkan kursus gunting rambut lelai di Kolej Komuniti Daerah Baling. Kursus ini telah disertai oleh sepuluh orang peserta dari ketiga-tiga kampung. Tujuan kursus ini dianjurkan ialah untuk mendedahkan teknik gunting rambut yang betul dan juga menerakan asas keusahawanan di kalangan peserta.Diharapkan para peserta mendapat manfaat berguna dari kursus ini.
Ulasan
Catat Ulasan