BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Pada 11 Ogos 2016, Khamis, Kursus Pembuatan Semen Ferro telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Gua Reban/Seberang Ketil. Kursus ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 11 hingga 13 Ogos 2016. Seramai 20 orang perserta kursus iaitu 10 orang dari Kampung Gua Reban/Seberang Ketil dan 10 orang dari Kampung Charok Sikin telah mengambil bahagian dari awal hingga akhir.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung teknik membuat binaan semenferro. Seterusnya, diharapkan penduduk dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk menjana pendapatan sampingan dengan penghasilan dan penjualan hasil kerja dari semenferro.

Kami berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu KEDA Daerah Baling yang telah berjaya menganjurkan program yang amat berguna kepada penduduk kampung kami. Kami sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dengan pihak KEDA dalam membangunkan komuniti di daerah Baling. Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini akan dianjurkan di Kampung kami.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada tenaga pengajar yang berdedikasi iaitu Cikgu Mohd Yusof bin Abdul Rahman dan dua orang pembantunya dari Giat MARA Baling. Tips dan tunjukajar yang diberikan amat kami hargai. Peserta telah berjaya menghasilkan 1 set meja bulat berserta 5 bangku, 1 set meja empat segi berserta 4 bangku, 1 papan tanda kampung, 10 buah pasu bunga, 1 tong sampah besar dan 12 tapak laluan jalan kaki.



 
































  




Sebahagian peserta Bengkel Pembuatan Semenferro.
























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambutan Maulidur Rasul 1438H