11 Ogos 2017 lebih kurang jam 02:30 pagi, aras air sungai meningkat dengan cepat berikutan dari hujan lebat berterusan sepanjang malam. Banjir pada kali ini agak teruk sejak beberapa tahun yang lepas. Seramai 35 keluarga dari Kampung Seberang Ketil terlibat. AJK JKKK dan orang ramai turut membantu memberi pertolongan seperti mengangkat barang berharga ke tempat yang lebih tinggi dan mengalihkan mangsa yang uzur ke dewan orang ramai.
|
Jalan masuk/keluar dari kampung ke pekan Kupang terputus |
|
Beberapa rumah yang dinaiki air. |
|
Salah sebuah rumah dinaiki air sungai. |
|
Paras air sungai melebih aras bahaya. |
|
Dewan orang ramai yang menjadi penempatan sementara mangsa banjir. |
Berikut adalah senarai mangsa banjir pada 11 Ogos 2017.
- Azizan bin Osman
- Abdul Razak bin Ismail
- Ahmad bin Yahaya
- Ishak bin Mahmud
- Mohamad bin Dollah
- Mohd Saiful bin Md Desa
- Mohd Nazir bin Ibrahim
- Mohd Noor bin Mat
- Mohamad Azrin bin Daud
- Mohd Nasir bin Shaari
- Mohd Mohayadin bin Anori
- Mohd Asyraf bin Ishak
- Norliza binti Musa
- Noraini binti Mohamad
- Saidin bin Rejab
- Noraza binti Hanafi
- Ahmad Wahid bin Awang Kechik
- Yusof bin Md Daud
- Kerya @ Zakaria bin Dahaman
- Romlah binti Abdullah
- Zariah binti Ahmad
- Yaakub bin Mahmud
- Mekyah binti Abdullah
- Mohamad Norisan bin Mad Noor
- Rahimah binti Md Zain
- Norshafiqah Fitri Binti Said
- Md Zain bin Taib
- Ramlah binti Ibrahim
- Fatimah binti Ariff
- Isah binti Ariff
- Yahaya bin Shariff
- Harun bin Ramli
- Mohd Jusob bin Sher Muhamad
- Mohd Fauzi bin Shaari
- Abdullah bin Hussin
Aras air semakin menurun bermula jam 07:00 pagi dan surut sepenuhnya lebih kurang jam 09:00 pagi. Walaubagaimanapun, semua yang terlibat dinasihatkan berjaga-jaga memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi pihak AJK JKKK, kami mengucapkan takziah, semoga mangsa yang terlibat sabar menghadapi ujian Allah ini.
Ulasan
Catat Ulasan