Pembersihan Lot Baru Untuk Penanaman Padi

15 Ogos 2017, Sejak beberapa hari lepas Pak Lah, pengusaha penanaman padi di Kampung Seberang Ketil telah membersihkan beberapa lot baru untuk menanam padi. Menurut tuan tanah, Puan Farizah Daud, lot ini telah terbengkalai lebih kurang 34 tahun yang lalu setelah kematian bapanya.

Dua jentera digunakan untuk membersihkan kawasan.

Pemandangan dari gerai nasi lemak En. Azizan.

Kawasan sawah terbiar sedang dibersihkan.

Bagi pihak JKKK, kami berterima kasih kepada pengusaha kerana membersihkan kawasan ini yang merupakan laluan pintu masuk utama ke kampung. Dengan bersihnya kawasan ini, secara tidak langsung akan menceriakan lagi kawasan kampung kita. Semoga projek ini akan berjalan dengan baik untuk jangkamasa yang panjang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Sambutan Maulidur Rasul 1438H