Membersihkan Kawasan Kubur Gua Reban.

Selasa, 23 Ogos 2016. Biro keceriaan dan keindahan desa yang diketuai oleh En. Daud bin Mt Isa telah membersihkan kawasan kubur. Seramai lapan orang AJK telah turun padang untuk melaksanakan kerja mulia ini.

Kerja pembersihan akan bersambung pada hari Jumaat, 26 Ogos 2016. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menabur bakti dari segi pelbagai bentuk, samada tenaga, masa, kewangan dan sebagainya. Bersama kita menjaga keindahan kampung kita.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada tabung kubur, sila hubungi En. Md Desa Awang, En Abdul Razak Hamid atau En Hisyam Hj Ismail.

EN. Daud bin Mt Isa



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Sambutan Maulidur Rasul 1438H