Majlis Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat.

Sabtu, 20 Ogos 2016. Satu majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Al Ariffin, qariah Kg Gua Reban. Majlis ini telah dianjurkan oleh parlimen Baling sempena keberangkatan 15 orang jemaah haji tajaan 1MDB dan 40 orang jemaah haji tajaan Datok Seri Panglima Hj. Abdul Azeez bin Hj. Abdul Rahim.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh adik-adik dari dua pusat tahfiz berdekatan. Pihak AJK JKKK merakamkan terima kasih atas kesudian Datok Seri memilih masjid Al Ariffin sebagai tuan rumah majlis ini pada kali ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Sambutan Maulidur Rasul 1438H