Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG

Imej
26.08.2017 Program gotong royong membersih kawasan perkuburan di Gua Reban.. terima kasih kepada Hj.Ibrahim membacakan doa tahlil serta warga Gua Reban...

Program Gotong Royong Muafakat MERDEKA'60

Imej
20.08.2017 Ahad, Program gotong royong muafakat Merdeka'60 bertempat di Tasik Gua Reban bertujuan untuk mengindahkan Tasik Gua Reban. Diharapkan ia akan menjadi satu tempat riadah taman awam yang baru di daerah Baling. Gotong royong ini dianjurkan oleh Majlis daerah Baling dengan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan, pejabat parlimen, penghulu-penghulu mukim dan 3 JKKK qariah Gua Reban. Antara jabatan kerajaan yang hadir termasuk Rela, PejabattTanah, JKR, JPAM, Polis, MDB, E-idaman, tujuh penghulu mukim, penduduk kampung Gua Reban/Seberang Ketil, Charok Sikin Kubang Panjang, kampung Tebing Tinggi, Maahad Tadfiz Nur jannah (MANJA) dan AJK Masjid Al-Ariffin. Turut hadir dalam majlis ini YB Dato' Hj. Harun Bin Aziz ADUN Kawasan Kupang.

Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir

Imej
17 Ogos 2017, Khamis @05:45 pm Satu Majlis Peyampaian Sumbangan Pasca Banjir Peringkat Parlimen Baling 2017 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Gua Reban. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Seri Paduka Hj Abdul Azeez bin Abdul Rahim. Majlis turut dihadiri oleh Dato' Ishak Bin Mat,  penghulu-penghulu mukim, Puan Suraiti,  JKM dan JPAM Daerah Baling. Majlis yang serba ringkas ini tetap kelihatan meriah dengan kehadirian lebih 100 orang penerima sumbangan.

Program Gotong Royong Baik Pulih Rumah

Imej
Program gotong royong baik pulih rumah haji Salleh Bin Ibrahim, anjuran KKLW dengan kerjasama Pejabat KEDA Daerah Baling,Pejabat Adun Kupang dan JKKK  pada 22.05.2017.Turut hadir dalam program ini Adun Kupang Dato'Harun Aziz,Penghulu Mukim Pulai En.Badrol Hisham,staff ICU Kedah dan Staff KEDA Daerah Baling..Terima kasih pada penduduk Guar reban kerana menjayakan program ini.