Pertandingan Bowling Persahabatan.

Pertandingan bowling persahabatan antara Kg. Guar Reban /Seberang Ketil dan Kg. Charuk sikin /Kubang Panjang pada 11 November 2016 di Pusat Bowling Pengkalan Hulu. Seramai 60 peserta iaitu 40 lelaki dan 20 wanita telah mengambil bahagian. Turut hadir ialah wakil Parlimen baling, wakil DUN Kupang dan Penghulu Mukim Pulai Tuan Badrol Bn Che Li. Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua penduduk kampung ini. Semangat kerjasama dan kesepakatan ini akan membuatkan kedua-dua kampung ini dapat bekerjasama dengan lebih baik. AJK JKKK merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayaan program ini. Semoga   kita berjumpa lagi dalam pertandingan akan datang.






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Sambutan Maulidur Rasul 1438H