Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Membersihkan Kawasan Kubur Gua Reban.

Imej
Selasa, 23 Ogos 2016. Biro keceriaan dan keindahan desa yang diketuai oleh En. Daud bin Mt Isa telah membersihkan kawasan kubur. Seramai lapan orang AJK telah turun padang untuk melaksanakan kerja mulia ini. Kerja pembersihan akan bersambung pada hari Jumaat, 26 Ogos 2016. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menabur bakti dari segi pelbagai bentuk, samada tenaga, masa, kewangan dan sebagainya. Bersama kita menjaga keindahan kampung kita. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada tabung kubur, sila hubungi En. Md Desa Awang, En Abdul Razak Hamid atau En Hisyam Hj Ismail. EN. Daud bin Mt Isa

Majlis Bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat.

Imej
Sabtu, 20 Ogos 2016. Satu majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Al Ariffin, qariah Kg Gua Reban. Majlis ini telah dianjurkan oleh parlimen Baling sempena keberangkatan 15 orang jemaah haji tajaan 1MDB dan 40 orang jemaah haji tajaan Datok Seri Panglima Hj. Abdul Azeez bin Hj. Abdul Rahim. Majlis ini turut dimeriahkan oleh adik-adik dari dua pusat tahfiz berdekatan. Pihak AJK JKKK merakamkan terima kasih atas kesudian Datok Seri memilih masjid Al Ariffin sebagai tuan rumah majlis ini pada kali ini.

BENGKEL KURSUS SIMEN FERO

Imej
Pada 11 Ogos 2016, Khamis, Kursus Pembuatan Semen Ferro telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Gua Reban/Seberang Ketil. Kursus ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 11 hingga 13 Ogos 2016. Seramai 20 orang perserta kursus iaitu 10 orang dari Kampung Gua Reban/Seberang Ketil dan 10 orang dari Kampung Charok Sikin telah mengambil bahagian dari awal hingga akhir. Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung teknik membuat binaan semenferro. Seterusnya, diharapkan penduduk dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk menjana pendapatan sampingan dengan penghasilan dan penjualan hasil kerja dari semenferro. Kami berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu KEDA Daerah Baling yang telah berjaya menganjurkan program yang amat berguna kepada penduduk kampung kami. Kami sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dengan pihak KEDA dalam membangunkan komuniti di daerah Baling. Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini akan dianj