Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA

Imej
07.10.2017 program kacau bubur Asyura di dewan Gua Reban Seberang Ketil....

CUCI PARIT

Imej
membersih kawasan peparitan di gua reban bersama pihak JPS Daerah Baling selama 6 hari.Bermula Pada 28.09.2017 hingga 03.10.2017 sejauh 1.3km..Terima kasih JPS dan Pejabat Daerah Baling....

REPAIR RUMAH SAMSUDIN HASHIM

Imej
23.09.2017 program gotong royong baik pulih sebuah rumah di Kg.Gua reban Seberang Ketil. Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan tuan rumah iaitu Samsudin Bin Hashim.Kos baikpulih rumah di tanggung  oleh pihak ICU negeri  Kedah .Turut membantu ialah Pejabat Daerah Baling dan penghulu MukimPulai. Terima kasih pada semua ajk jkkk dan penduduk kampung yang menjayakannya.....

PROGRAM GOTONG ROYONG

Imej
26.08.2017 Program gotong royong membersih kawasan perkuburan di Gua Reban.. terima kasih kepada Hj.Ibrahim membacakan doa tahlil serta warga Gua Reban...

Program Gotong Royong Muafakat MERDEKA'60

Imej
20.08.2017 Ahad, Program gotong royong muafakat Merdeka'60 bertempat di Tasik Gua Reban bertujuan untuk mengindahkan Tasik Gua Reban. Diharapkan ia akan menjadi satu tempat riadah taman awam yang baru di daerah Baling. Gotong royong ini dianjurkan oleh Majlis daerah Baling dengan kerjasama pelbagai jabatan kerajaan, pejabat parlimen, penghulu-penghulu mukim dan 3 JKKK qariah Gua Reban. Antara jabatan kerajaan yang hadir termasuk Rela, PejabattTanah, JKR, JPAM, Polis, MDB, E-idaman, tujuh penghulu mukim, penduduk kampung Gua Reban/Seberang Ketil, Charok Sikin Kubang Panjang, kampung Tebing Tinggi, Maahad Tadfiz Nur jannah (MANJA) dan AJK Masjid Al-Ariffin. Turut hadir dalam majlis ini YB Dato' Hj. Harun Bin Aziz ADUN Kawasan Kupang.