Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Sumbangan Bersama PLUS MALAYSIA (N3)

Imej
19 November 2016 Satu program penyampaian sumbangan  bersama PLUS MALAYSIA ( N3 ) kepada penduduk di Kampung Gua Reban dan Kampung Charok Sikin telah diadakan. Terima kasih kepada semua anggota kerja PLUS Sungai Dua (N3) yang telah sudi hadir dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan. Terima kasi jugak dengan kerjasama yang baik dari semua AJK kedua-dua kampung yang hadir membantu. Semoga lebih banyak program kemasyarakatan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Pertandingan Bowling Persahabatan.

Imej
Pertandingan bowling persahabatan antara Kg. Guar Reban /Seberang Ketil dan Kg. Charuk sikin /Kubang Panjang pada 11 November 2016 di Pusat Bowling Pengkalan Hulu. Seramai 60 peserta iaitu 40 lelaki dan 20 wanita telah mengambil bahagian. Turut hadir ialah wakil Parlimen baling, wakil DUN Kupang dan Penghulu Mukim Pulai Tuan Badrol Bn Che Li. Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua penduduk kampung ini. Semangat kerjasama dan kesepakatan ini akan membuatkan kedua-dua kampung ini dapat bekerjasama dengan lebih baik. AJK JKKK merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayaan program ini. Semoga   kita berjumpa lagi dalam pertandingan akan datang.